Blog masih dalam Pembinaan. Segala Kesulitan amatlah dikesali.

Blog masih dalam Pembinaan. Segala Kesulitan amatlah dikesali.
under construction.

Pengikut Setia

..Pemain Kelantan Hampir Terbunuh?




Atas.. Mercun Meletup di tepi kepala Pemain Kelantan & Bawah.. Dida (Penjaga gol AC MILAN) pernah menerima nasib yang hampir sama dengan pemain kelantan.


xxxxx

Stadium Kangar.31/10/2009:
eh! Biar Betul..Mercun yang dilempar oleh penyokong Perlis hampir-hampir menyebabkan pemain kelantan terbunuh. Ye la, nasib baik mercun tu tepi kepala. Kalau kena tepat ke kepala, pecah kepala.Kalau kena telinga? Klau kena mata? Klik sini.
Harap2 FAM mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Persatuan Bola Sepak Perlis.
BAHAYA memang BAHAYA
.



Harap Shahidan kassim tabah apabila kena saman nanti. Pernah terbaca dalam Akhbar, yang Shahidan ni "POKAI" sekarang. Kesian, akibat bola dipolitikkan. eh biar betul bola sepak Perlis dipolitikkan?

Kelantan menewaskan Perlis 3-1. Jaringan hatrik dari Nor Farhan, pemain yang berasal dari Negeri Terengganu terus mengesahkan tiket Kelantan ke Final Di Bukit Jalil pada 7 september ini. Kelantan menang secara aggriget 5-1 akan bertemu Negeri Sembilan selepas Negeri Sembilan menewaskan Terengganu 3-1 di Stadium Nasaruddin Shah sekaligus menampah tiket final dengan agriget 4-1.

______________________________________________________________

..syarikat rokok taja semula sukan bola sepak Malaysia?

Kerajaan diminta mengkaji semula keputusan mengharamkan syarikat rokok daripada menaja aktiviti sukan dalam usaha menyemarak semula sukan bola sepak negara, kata Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Beliau berkata, langkah drastik itu perlu diberikan pertimbangan bagi menyelamatkan persatuan-persatuan bola sepak negeri yang menghadapi masalah kewangan.

"Usaha membiayai pasukan bola sepak negeri melibatkan belanja yang besar dan sumber kewangan sememangnya membebankan kerana kutipan tiket tidak memadai, bukan semua pasukan dapat menarik peminat yang ramai, kalau menang ramailah peminat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

eh!biarbetul..nak Boikot FACEBOOK?



“Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi beliau.” (Riwayat al-Bukhari)

Apa yang dapat diambil daripada hadis di atas adalah boleh berurusan dengan orang Yahudi, boleh berhutang dengan orang Yahudi dengan cara cagaran, dan boleh mengguna pakai produk Yahudi. Hukum berurusan dengan orang Yahudi pada asasnya adalah halal.
Timbul persoalan di sini berkaitan isu boikot. Adakah semua syarikat yang dimiliki oleh orang Yahudi perlu kita boikot walaupun mereka tidak menyokong sebarang bentuk keganasan?

Syeikh Yusuf Qaradhawi mengatakan kempen boikot bertujuan untuk memberi tekanan kepada bisnesman yang mempunyai sangkut paut dengan keganasan Israel agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka agar menamatkan peperangan.
Minggu lepas sempat saya meletak hadis ini di status Facebook saya dan menerima beberapa komen menarik. Ini sebenarnya bersangkutan dengan beberapa emel yang di’forward’ kepada saya tentang pemilik sebenar Facebook yang merupakan seorang Yahudi.

Jadi, apa salahnya kalau beliau seorang Yahudi?

Islam itu sifatnya adil
Dalam menjatuhkan sebarang hukuman, kita perlu mempunyai hujah yang cukup kuat. Tidak cukup kalau hanya kita katakan pemilik syarikat tersebut orang Yahudi atau dia mungkin ada kaitan dengan salah sebuah organisasi Israel.
Mungkin-mungkin atau rasa-rasa tidak boleh dijadikan hujah. Contoh ada seorang wanita membuat laporan polis yang dia dirogol.

“Saya rasa mungkin orang itu yang merogol saya semalam.”
Polis akan melakukan siasatan terhadap orang tersebut tetapi tidak boleh terus menjatuhkan hukuman hanya dengan hujah rasa-rasa wanita tersebut. Kita bukannya orang liar yang terus menumbuk dan menerajang, menjatuhkan hukuman tanpa periksa.



SUMBANGAN KEPADA ISRAEL?
Dalam isu facebook pula, adakah sudah ditemui sebarang bukti yang mengatakan Mark Zuckerberg, pemilik Facebook, menyumbang kepada keganasan Israel?
Pemilik Google pun adalah orang Yahudi. Adilkah kalau hanya Facebook yang diboikot tanpa hujah yang kuat, sedangkan tidak pula kita mengajak orang lain boikot(tanpa usul periksa juga) website lain?
Apa bezanya menggunakan blogspot(milik Google) dengan menggunakan facebook? Kedua-duanya milik Yahudi.
Pada pendapat saya selagi tiada sebarang pengumuman atau kajian terperinci untuk mengesahkannya, tidak salah untuk kita gunakannya dahulu.

Berdakwah melalui facebook

“Betulkah dia gunakan untuk dakwah? Saya tengok lebih banyak tulis tentang diri sendiri sahaja.” atau “Dia ini lebih banyak main game dalam Facebook sahaja.”

Adakah kalau kita ingin berdakwah kepada seseorang, kita pergi kepadanya dan kata, “Saya ingin berdakwah kepadamu.”

Perlu ada langkah demi langkah. Perlu ada sesi berkenal-kenalan, kemudian dirapatkan lagi dengan perkongsian pendapat dan pandangan. Kalau dalam dunia realiti, salah satu cara untuk mudah mesra adalah melalui permainan.

Pernah sekali saya dan seorang rakan serumah ingin bermain futsal. Lalu diajak beberapa orang kawan lain dengan harapan mereka pun mengajak kawan mereka juga.

“Kau ajak sekali kawan-kawan kau yang lain, lepas itu suruh mereka ajak kawan-kawan mereka pula.”

Maka ramailah yang kami tidak kenal turut bermain bersama pada ketika itu. Tetapi dari situlah timbulnya rasa ingin kenal-mengenali. Tiada salah bermain asalkan jangan sampai terleka.

Adakah kalau ingin berdakwah, kita perlu masukkan perkataan-perkataan Arab di dalamnya dan barulah kelihatan, “Wah, islamiknya budak ini.”

Biarlah kita berdakwah sampai orang itu tidak tahu pun yang kita ingin berdakwah kepadanya. Tepuk dada, tanyalah Iman.

Entri ini ditulis oleh seorang pelajar jurusan Perhubungan Awam dan di "copy paste" oleh aku (kecuali gambar) dari StudioMuslim.com. Mohon diperbetulkan sekiranya ada kesilapan dalam sebarang pandangan berkaitan hal agama.

..ni akibat DADAH!?

Eh! Biar Betul.. mati akibat berkawan dengan penagih DADAH?
Gambar dibawah ni agak 18sx dan 18SG, err senang cakap 18PL la.(Bagi anda yang mudah loya, tak suka tengok gambar seksi -takut jadi benak-, budak-budak bawah umur dan mereka yang mengandung tidak digalakkan meneruskan pembacaan ini.)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Gambar dua keping ni je yang aku boleh letak.Yang lain tu membahayakan kesihatan. Nak tengok jugak ke?



Dari sumber pertama aku dapat, awek tu mati akibat kena bunuh dengan teman lelakinya yang juga seorang penagih dadah tegar. Awek tu mungkin juga seorang pelacur. Kejadian ni nampaknya berlaku di Thailand yang mana amat terkenal dengan masalah sosialnya dan juga terkenal dengan dadah jenis PIL KUDA. Tujuan aku post artikel ni sebagai suka-suka dan takde apa-apa pengajaran pun untuk anda semua (pikir la sendiri). Kalau terjebak dengan DADAH, macam-macam benda boleh terjadi. Ye la Otak dah tak berfungsi dan perangai akan jadi gila babi dan sanggup mati.
Kalau ada maklumat tentang gambar ni bolehlah betulkan..
Ingat-ingatlah pada bumi bila di tempat tinggi, esok lusa tak pasti, kalau jatuh pasti mati..

..Denda Untuk PBSNT?

Sekadar Hiasan..Gambar Diatas tiada kena mengena dengan artikel
Pengadil Perlawanan Dikawal Oleh Pengawal Keselamatan.


Keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh Kamaruddin Abdullah di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
PBSNT didenda RM5,000 masing-masing kerana penonton membaling mercun kepada pegawai perlawanan dan penonton memasuki padang. Manakala tuduhan ketiga kerana penonton masuk ke padang, meluru serta cuba memukul pengadil perlawanan yang menyebabkan mereka (PBSNT) didenda RM6,000 ketika aksi menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 3 Oktober lalu.

(eh! Biar Betul.. meluru serta cuba memukul pengadil perlawanan hanya didenda RM6,000. Drogba Dan Sir Alex Ferguson pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh FIFA.)





Sumber Dibawah ni Di "copy paste" dari blog kelantanfamilychatroll.blogspot.com

Dakwaan:
1: Penonton membaling mercun kepada pegawai perlawanan ketika aksi menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 3 Oktober lalu.
Hukuman:
RM5000
2: Penonton memasuki padang ketika aksi menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 3 Oktober lalu.
Hukuman:
RM5000
3. Penonton masuk ke padang, MELURU serta CUBA MEMUKUL pengadil perlawananketika aksi menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 3 Oktober lalu.
Hukuman:
RM6000
Keputusan itu dibuat Jawatankua- sa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh Kamaruddin Abdullah di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

KAMARUDIN ABDULLAH:
"Di Terengganu, ia hanya melibat- kan penyokong di dalam stadium sahaja manakala di Kelantan ia turut melibatkan di luar stadium, malah kejadian di Kota Bharu merupakan kesalahan berulang”
"Jadi jika perkara sama berulang di Terengganu, hukuman yang lebih berat pasti akan dikenakan ke atas PBSNT,"
Kenyataan beliau ini dipetik dari kosmo online 30 Okt 2009

..Michael Jackson peluk Islam?

Blog Oh! Blog



ehbiarbetul...
Hari ni Hari Khamis malam Jumaat. Tarikh 29/10/2009 atau 10 Dzul'Qaidah 1430 jam 8:30mlm aku try la ceate blog ni.. tetiba jadi macam ni. Ini Baru Permulaan tak tau bahan apa yang sesuai dimasukkan lagi.

eh! Biar Betul

..Awan Mendung Macam Nak Hujan, Guruh Berdentum Tempayan Dah lama kosong...